tukangBaca

Wednesday, November 18, 2015

Hutan Lipur Gunung Senyum #RoadToGunungSenyum


assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
we from #RoadToEndauRompin team had finally succeed our second trip to Gunung Senyum. sebenarnya dah plan nak second trip sejak semester lepas lagi. tapi pelbagai aral melintang angin lintang terbongkang di tengah perancangan kami. jadi-nya baru minggu lepas kami berpeluang menjayakan trip kami.

rancangan asal nak ke Gunung Irau, tapi awal bulan Oktober haritu Gunung Irau ditutup untuk pemulihan dan pemuliharaan. sebab track yang banyak rosak dan pencemaran dari manusia tak belajar sivik. sayangi-lah gunung-gunung yang anda pergi. jangan sesekali tinggalkan sampah sarap. kesian dah tercemar, tak cantik. apa yang diberi amanah. flora fauna ni pon amanah. jaga-lah.

kembali ke cerita asal. kami bertujuh saya, Shahidan, Fatehah, Farrazi, Zaki, Yusuf and geng baru Arisa memulakan perjalanan pada pagi 9 Oktober 2015. kami tak ikut highway, ikut jalan lama. jadi dari sana ke situ, situ ke sana, sana sini situ sampai-lah kami di Jerantut lebih kurang jam 4 petang.

check in kat hotel apa nama entah. rehat, lepak pastu keluar memburu makanan. masa nak tunggu makanan kunjung tiba baru-lah dapat tahu pintu masuk ke Gunung Senyum yang dijanjikan berada di Temerloh. kami apa lagi

makan besar kami sebagai satu keluarga bahagia. ahakkss

 luangkan masa malam kami dengan berjimba sekitar i-City Jerantut
ade car boot sale lagi 



pengajaran kami di Jerantut, jangan bawa Risa pergi Mr. DIY. tak keluar-keluar nanti kang. selepas tahu lokasi sebenar-benarnya, kami mangambil keputusan untuk bangun di awal pagi dan bergerak ke Temerloh. dan bertemu guider kami Leing Toya (bukan nama sebenar)

 pemandangan dari pintu masuk ke Hutan Lipur Gunung Senyum
(kualiti gambar berlainan sebab dari sumber yang berlainan)



kat Hutan Lipur Gunung Senyum ni ada beberapa aktiviti, nak camping boleh, nak jungle trekking boleh, nak hiking gunung boleh, nak teroka gua-gua pon boleh. kami amik pakej RM250 untuk menjelajah gua-gua yang ada sekitar gunung ni. dengar Leing Toya cakap masuk enam gua, tapi aku pon tak pasti berapa gua yang kitaorang masuk. masing-masing tak pernah masuk gua, terpegun tak ingat dunia dah. hampir je nak jadi orang gua. ahakks. (tak kelakar kan?)


berikut adalah gambar sekitar kejadian yang terjadi disekitar lokasi kejadian yang terjadi. penjelajahan kami ke gua-gua dan seterusnya ke gua lagi. diikuti gua-gua dan gua. actually tak pasti berapa banyak gua yang kami teroka, tapi Leing Toya kata enam gua untuk satu pakej kami RM250 per group. ada gua ular, gua sisik, gua straw, gua silat, gua danau impian dan pelbagai gua lagi.

 daun keladi paling besar, boleh buat sampan. 



ni kejadian selepas 45 minit trekking untuk sampai ke gua pertama












itu guider kami Leing Toya bukan nama samaran. ramah mesra, banayk ilmu dapat dari dia. dari gua, gunung, kolan, pokok, buah, daun sampai-lah ke menara gading. (okay tak kelakar)



my favorite shirt always with me wherever i go. #randuk #buyahamka



sebenarnya, kalau tengok depan-depan batu ni bercahaya macam diamond. sangat cantik. tapi ada pantang, kalau orang sentuh dia mati dan dah ber-glitter. 


dan sebenarnya, banyak lagi gua kami tak sempat terokai. ini pon agak semput juga-lah nak terokai. siap acah-acah discovery channel cari lipan gua yang tak jumpa-jumpa. hampehhh! selesai jelajah gua, Leing Toya bawa kami lepak kat Kolam Biru.


 kami dibenarkan bagi ikan makan kat kolam ni. kami bagi makan roti Gardenia perisa butterscotch lagi. seronok tengok ikan. lupa apa nama ikan. yang pasti masa ni kami pon kebulur sama macam ikan-ikan.



 penjelmaan kumpulan nasyid sikit lagi nak bertukar ke Kpop tapi tak jadi sebab sedar diri siapa. ahakss.

kemudian kami dibawa menjenguk Si Tualang Tua di Gunung Senyum. kira dia-lah paling senior dan legend bersama gua-gua yang ada. kagum kami dengan kebesaran Si Tualang, Alhamdullilah kami berpeluang melihat khazanah yang terpelihara, terima kasih kepada manusia-manusia yang sayangkan kehijauan. terima kasih kerana memelihara dan menjaga mereka. teruskan jaga dan kami juga akan teruskan amanah menjaga kehijauan. InnShahAllah. 






dan inilah penamat kami dalam pengembaraan di sekitar Gunung Senyum. Alhamdullilah semua berjalan lancar dengan kebersamaan antara kawan-kawan sekalian dan juga Leing Toya. bahagia bahagia bahagia. tak bisa diungkapkan dengan kata-kata berbunga atau kata-kata pasar. hanya jutaan terima kasih atas pengalaman ini. 


tapi tapi tapi penggembaraan kami di Pahang masih belum tamat. sebenarnya, lepas keluar dari Hutan Lipur Gunung Senyum kami tiada arah tuju tetap. perut dah kebulur nak mati, kami amik keputusan untuk makan, kemudian mandi dan solat di masjid yang berhampiran kedai makan. dah bertenang masing-masing kami sebulat suara bersetuju untuk lepak kat Mentakab pula. 

satu jam perjalanan ke lebih, tak ingat sampailah kami di Mentakab. terus check-in hotel dan pengsan. dah puas pengsan keluar makan. tu pon dah malam baru keluar makan. lepak tak ingat dunia.

esok pagi-nya. Idan ajak pergi Bukit Tinggi. and jyeaaahhhh kami sampai ke destinasi dengan selamat. 

























di Bukit Tinggi kami melawat Colmar Castle, Japanese Village and Botanical Garden. Gambar bersepah, tak ikut turutan. pepandai-lah korang teka mana satu kat Colmat Castle, mana satu kat Japanese Village. 

Bukit Tinggi ni kira unexpected trip yang dirancang last minit di Kedai Nasi Kukus Ayam Berempah Sirap Free di Jerantut tak silap. sedap. paling sedap. sekian dah kot. lama sangat simpan dalam draft, busy. ahakss.
on the way back, i'm turn back.
looking at this make me soooo happy.
looks at the greens
looks at the trees
looks at the leaves
and hoping to come back here again and again
i miss nature already
miss so damn much


No comments: