tukangBaca

Wednesday, March 11, 2015

sebab dah lama tak post

Assalamualaikum,

sebenarnya takde topik nak sembang tapi sebab dah lama tak post.

so currently, i'm in second semester of year two in Bachelor of Computer Science (Computer Networking) With Honours. saje letak name penuh, nampak gah sikit. heheheks.

sometimes, bila termenung dalam bilik sensorang tak pon jenjalan kat sekitar kampus ni teringat zaman aku baru menjejakkan kaki ke UTeM. nostalgia sungguh. FYI, dulu sebelum apply kat UPU, aku tak bercita-cita langsung nak sambung belajar kat university. langsung tak terpikir. apply kat UPU pon sebab cikgu suruh. pilih university pon asal ade je. agak-agak name course tu sedap aku bantai amik.

what makes me want to continue my study?
why?

the main reason is my parents. ingat lagi bila check UPU. aku sensorang dalam bilik. bila keluar je result. tersenyum-lah jugak. but at that time aku tak decide untuk pergi pon. then aku bagitau-lah ibu aku ditawarkan masok UTeM. melalui riak muka ibu aku tahu, dia happy sangat. hanya Allah je tahu ape perasaan dia. muka ibu, senyum ibu, siap datang bilik tengok result UPU. ayah pon sama. tak sudah tanya. tapi aku masih dilema time tu. dalam beberapa hari jugak-lah aku pikir nak sambung ke tak.

tapi atas nasihat kakak aku, Angah, aku amik keputusan untuk terima tawaran. demi ibu, demi ayah. masa daftar ibu, ayah lah yang paling amat gumbira dan bersemangat. susah payah dari A to Z, from step one to infinity. dan tak sangka, aku berjaya graduate diploma dan sekarang tengah bertungkus lumus membanting tulang perah otak sambung degree. Alhamdullilah.

terima kasih tak terbalas jasa Ibu dan Ayah.
Along, Angah, Adik dan Abang Amy yang sokong dari tepi.
sahabat-sahabat yang sudi tolong aku masa susah dan senang.
tenaga pengajar yang ntah kenal tak aku yang tak seberapa ni.
dan Alhamdullilah.

just follow the flowwww ~~

jauh lagi perjalanan aku. doa-kan aku. terima kasih.


 :: tetiba lost, taktau nak citer ape dah. emosi sikit. ahakks. kbye.