tukangBaca

Sunday, March 23, 2014

acah-acah lone ranger backpacker sangat.


Assalamualaikum,

terbangun dengan nada dering handphone. dalam pukul 8 lebih gituww. guling-guling atas tilam sambil pikir ape nak buat harini. then terus mandi siap. gerak ke station bus berhampiran. naik bus pergi Melaka Sentral. tunggu jap then terus ke Bandar Hilir. 

first target. turun kat bangunan merah. cendol !
Cendol Jam Besar (Clock Tower)
nah belanje Cendol Mix RM2.

ni saje acah-acah tourist amik gambo tiang tu.

jalan-jalan bangunan merah, cuci mata, usik-usik barang, belek sana sini.
tak beli pon.
hampir nak beli, tapi tahan nafsu. okay.

tak pasti nama kedai ape. Orang Utan House gitu kot.
jual tshirt cap orang utan. by Charles Cham. 
boleh google kalau nak tau sape tu.

pastu tetibe terjumpe mamat ni tergantung kat kedai baju.
tanye mamat ni kenape ade kat situ.
tapi mamat ni diam je.
aku pon berjalan pergi meninggalkan dia bergayut.

aku cuma rasa ini comel.
sebab tu aku tangkap gambar ni.

Jumbo Art. luar dalam best. 
dalam tu ade Utopia Design.
'ter'beli satu tshirt. ahakks.

ini-lah.
robocop.

terjumpe Masjid Kampung Kling.
cantik dengan cat gold sikit. tingkat atas kayu, tapi tangga nak pergi atas tak jumpe.
 mimbar masjid ni pon comel je. ade unsur-unsur ukiran cina sikit.
pusing-pusing jap.
sentuh-sentuh sikit.
pastu senyum je.
kbye.




ini pulak Layang-Layang Guest House.
mula-mula nampak orang ramai kerumun. 
ingatkan ade ape. rupe-nye guests kat Layang-Layang tu nak naik basikal jenjalan.
sangat comel sebab Layang-Layang Guest House provide basikal untuk guests.
pastu nampak diorang jenjalan sekeling. so sweeeeet.
interior design dia pon awesome.
nak masok segan, sebab tengah ramai.

ternampak satu kedai pertukangan.
yang masih guna cara lama.
time ni tengah rehat kot. hehekks.

nak bagitau, owner and promoter kedai ni sangat amat ramah.
sampai aku segan nak pusing lelame dalam tu.
ade jual batik. baju lelaki, perempuan, kebaya for sure.
shawl. shoes and some cool bags.

luaran awesome. dalam kurang. yelah seni. orang seni je paham. kot.

lepas jalan sekitar Jonker Street, terus pergi ke Dataran Pahlawan.
pusing sensorang nak cari baju sebenar-nye.
dah cube try test uji semua tapi semua pulang balik.
tak beli pon.
makan kat Station Cafe sebab malas nak cari lain.
jalan sikit lagi. terus decide nak balik.
dilemma nak baju mana and ngantok.
tak habis lagi nak pusing Jonker Street terutama-nya.


dah balik tak reti nak tidor plak. 
sebab dah Asar, tak baik tidor lepas Asar. nanti gila.

sementara nak tunggu bus balik ke Melaka Sentral, lepak kat bangunan merah tu.
ramai gila tourist. seronok tengok gelagat diorang. taktau kenape. tapi seronok.

misi separuh berjaya.
misi spontan : singgah SEMUA kedai 'Jonker Gallery' sepanjang Jonker Street tu.
misi sebenar : cari baju majlis makan malam. (tak berjaya, ahakks.)

ohh, by the way aku sensorang sepanjang perjalanan. kbye.

sekian, terima kasih. krokkk krokkk krokk ~

ZZZZzzzzz ~


No comments: