tukangBaca

Wednesday, October 30, 2013

- wordless wednesday sarcasm -




orang yang tak faham sarcasm, sama ade die hati batu atau kepala batu. 
ke tu merujuk orang yang buat sarcasm?


Monday, October 21, 2013

antara sampah dan menyampah


tutup mata dengar kau
tutup telinga nampak kau
tutup mulut?

kau cipta batas kau.
kau redah batas orang.
kau fikir kau siapa?
kau fikir kau mulia?
kau fikir kau hebat?
kau fikir kau sorang.

aku rela diamkan
tapi aku nampak.
tapi aku dengar.

mungkin salah aku mendiamkan.
atau kau tak pernah tahu erti senyap.

aku menyampah!

kecelakaan apakah yang membuatkan aku menyampah.
menyampah dekat kau yang selalu cari silap orang lain.
menyampah dekat kau yang selalu sorok silap kau.
menyampah dekat kau yang pandang serong orang lain.
menyampah dekat kau yang kata lain buat lain.
menyampah dekat kau yang tak amik peduli perasaan orang lain.
menyampah dekat kau yang menabik dada pijak orang.
menyampah dekat kau yang sangat amat menyampah.

aku menyampah!

 what the fox say ?!




sampah ?


Monday, October 7, 2013

kalau tak suka orang-lah.



kalau tak suka orang,
jangan tunjuk.

kalau tak suka orang,
jangan kutuk.

kalau tak suka orang,
jangan dengki.

kalau tak suka orang,
jangan mengata. *inipalingutama*

kalau tak suka orang,
jangan bagitau.

kau diam-diam sudah.
kau jauh-jauh sudah.
kau senyap-senyap sudah.

tak perlu tunjuk macam semua orang suka kat kau.
mohon cermin diri dan sedar sendiri.

jangan terasa kalau bukan anda.

kalau tak suka orang cuba baca ni suka tak ?


 kalau tak suka-lah. kalau suka, ikut suka hati.

Sunday, October 6, 2013

seketika itu tak lama.




seketika bingit. 
seketika tenang. 
seketika itu tak lama. 
ada baik. 
ada buruk.
 pengalaman itu mengajar. 
senyap itu mungkin lebih seronok. 

lain manusia lain ragam,
lain manusia lain cerita,
lain manusia lain pengalaman,
lain manusia lain cara,

kalau sama,
bosan.
kalau sama, 
tak mencabar.
kalau sama,
 bukan manusia.

ehh.

manusia tetap manusia.
bukan binatang.

sekian,
wassalam.


Saturday, October 5, 2013

hipokrasi bukan hippopotamus


Hipokrit : membawa maksud seseorang yang mengutarakan kepercayaan atau pendapat yang bukan pegangannya sendiri.

Hipokrasi : perbuatan mengutarakan kepercayaan atau pendapat yang bukan pegangannya sendiri, falseness atau kepalsuan, kepura-puraan.

ni gua copy kat belog orang lain. 145 belog gua jelajah semua bagitau benda yang sama. gua syak kami saling membancuh kopi. takde kaitan. okay. abaikan.

gua rasa selama ni gua menyalah tafsir maksud menatang hipokrit ni. gua samakan dengan 'talam dua muka'. rase macam sama je. talam dua muka macam depan cakap lain, belakang cakap lain. waittt!. so sama je-lah kan. ahhhh layan-kan je-lah.

gua ade je kawan-kawan yang perangai macam ni. tapi tak ketara, jadi masih boleh dimaafkan. dan sebenar-nye gua pon kekadang hipokrit jugak. i'm realize that. ahakks.

bila gua bertalam dua muka.
lets say if i hate someone or dislike someone. gua takkan bulat-bulat tolak orang yang gua tak suka tu. so gua bertalam muka, tetap kawan dengan orang yang gua tak suka. dan kenal lebih lanjut. tak paham? harap paham.

bila kita tak suka seseorang jangan tunjuk kita tak suka dia. yee memang macam hipokrit. tapi tak salah kalau kita kenal hati budi dia dan cari tahu sebab dia jadi macam tu. 
gua ade je kengkawan yang gua tak suka. tapi lepas kenal dan kenal dan rapat perasaan benci dan tak suka tu boleh hilang sebab dah KENAL. bila dah kenal dah tahu perangai secara otomatik gua bleh terima perangai seseorang itu dan terus berkawan dengan beliau. cuba-lah try test uji dan kaji. tak rugi pon. sakit hati sikit je. boleh hilang.

akan tetapi, kalau dah kenal dan rapat tapi perangai dah tahap setan tanpa sebab yang boleh dimaafkan tu lain kes-lah ann. tapi boleh belajar maafkan orang walaupun rasa nak bunuh diri ann. ahakks.


berlajar terima diri sendiri dan orang lain untuk elakkan bermasam muka, tarik muka, dan persengketaan berterusan. but all this pendapat gua dan cara gua. segala bantahan boleh dikemukakan. no problemo. akhir kalam, sekian terima kasih daun pudina.