tukangBaca

Monday, March 11, 2013

aku tak kesah !



kau cari cerita perosok dunia
kau cungkil segala yang tersirat
kau sebar khabar segala yang kau tahu

aku tak kesah

kau tokok tambah
kau ubah perasa cerita
bertambah pedas berapi sandiwara

aku tak kesah

kau tajamkan lidah fitnah
silap sebesar zarah jadi seputar galaksi
kau khianat kepercayaan manusia

aku tak kesah

bagi aku biarlah dunia berputar
biarlah bulan bintang anjing kucing jadi saksi
pada mereka yang mencanang siapa dicanang
paksi kebenaran ada disitu
biar terlanggar tembok gelita
biar tengelam lombong dalam
bila kau sedar nanti.


aku tak kesah !




1 comment:

Zata Ezzah Fawzi said...

jemput ke blog kite jgk..:)
http://vitamindelight.blogspot.com/