tukangBaca

Sunday, December 29, 2013

teringat.


dalam diam aku masih teringat.
dongeng santai yang kita reka.
buat aku tersenyum terus tersenyum.
bila tiba realiti aku sakit seketika.

aku kekal tenang.
sakit akan hilang.
senyum dengan gemilang.




*memori itu aku simpan dalam buat sejarah.
 

Thursday, December 12, 2013

teroka jalan dusun di kota singa


Assalamualaikum,

haritu aku ade pegi jalan-jalan. aku jalan-jalan pegi Singapore. gila excited sebab first time pegi Singapore. unplanned trip yang AWESOME. aku pergi dengan kawan. asalnye aku teman die cari barang, tapi akhir-nye aku jadi tourist guide aku yang shopping. ahakks.

perjalanan bermula dari gua naik bus dari pangsapuri taman tasek utama. FYI, alone. sebelom mentari terbit lagi gua dah tercongok kat bus stop sebab bus ke JB pukul lapan. nasib baik lepas berape minit ade auntie teman. sebelum auntie tu datang ade satu lori batu bata berhenti kat seberang, dan driver-nye turun dan membuat aksi mencurigakan. gua memang tekad time tu kalau die datang dekat gua cabut laju-laju, tak kesahlah trip ke Singapore tu. lepas auntie tu datang die nampak that man, pastu terus die telefon polis. thumb ups for that auntie [-_-]b

pengajaran disini 'You Never Walk Alone !' ahakks.


dah sampai Melaka Sentral naik bus Delima ni bergerak ke Johor Bahru. dan aku habiskan masa dalam bas dengan tidur yang lena. set dua untuk aku sorang, gila tak lena tidur. dah sampai Larkin, tunggu kawan aku dan terus bergerak ke Singapore. plan gerak ke Orchard Road.


here we go, sampai pon. lepas naik bus, dan bus, dan bus. lepas imgresen. naik MRT dalam tempoh masa yang lama. bile transit dari Malysia ke Singapore aku rase semua rushing. dan pengajaran disini. 'Think Fast, Act Fast'. dan sampai pon akhirnya. disebabkan nak Krismas, sini agak meriah dan banyak sale.



trade mark ION yang mesti amik gambar bersama. 




jalan-jalan kat shopping mall (tak ingat name shopping mall) masuk kedai Marks & Spencer. kedai baju sebenarnye tapi ade jual chocolate. awesome tak? gila sweet annnnn. disebabkan packaging die comel, aku terbeli beberapa jenis chocolate. tiga jenis chocolate, SGD14. Y U SO CUTE !



ini souvenir untuk housemates. hasil perkongsian mata wang dollar Singapore dengan tourist guide aku. dapatlah sorang selai. tiga helai, SGD10 jewww. asal-nye nak beli unntuk diri sendiri je, tapi dah kawan aku hulur duit untuk belikan diaorang, uolls so lucky yawww!


antara satu perhentian MRT. konsep Jurong Bird Park. cantik. ini dalam perjalanan pulang.


kemudian pulang-lah kami ke negara asal kami. disebabkan kebulur nak mati kami singgah kat City Square, JB. pergi food court die yang canggih dan makan. dasyat CS sekarang. dulu zaman sekolah pergi biase-biase je, sekarang kemain. nak beli makanan pon pakai card jahhh. Dapur Kita nama food court-nye. tapi memang aku suka gila dengan environment-nye. dapur terbuka, luas, kemas and nice.


always right!

malas nak balik Melaka haritu jugak. so over night kat station bus Larkin. memang boring tapi best. sebab jumpe manusia-manusia yang best. BTW, aku suka memerhati orang, lepak bus station pon perkara biasa untuk aku. that's cool for me. dapat tengok gelagat pelbagai jenis manusia.


sementara mengisi masa lapang aku lepak kat Warisan Kopitiam. sambil tengok game bole. tak ingat team mane yang lawan. main layan je. sesambil tu ade jugak bebangla ni ajak berbual. baik diaorang ni. ade salah sorang duduk depan aku sambil potong limau kasturi. kitaorang berbual pasal hikmah ade anak perempuan, adat orang Melayu dan kisah mamat-mamat yang malas buat kerja rumah.


thanks a lot to mamat ni yang jadi unofficial tourist guide. terima kasih jugak sebab ajak aku jenjalan Singapore (sebenarnye random ajak, aku je menggedik nak follow). very awesome memories to be remembered. ecceewahh gituwww. next time jalan Sentosa ke, Marina Bay ke. ahakks.



by the way, seriously i'm really really fall in LOVE with Marks&Spencer's chocolate! 
and and and PORTER bag. in wish list : any PORTER BAG !

sedap baqq hanggg!





Sunday, December 1, 2013

duit kocek '8share'


Assalamualaikum.

di sini nak share something yang aku pon baru tahu kewujudan-nya.
kalau korang manusia yang selalu online non-stop 24/7, mungkin korang boleh usha ni 8share .

fungsi-nya korang share something dari 8share kat facebook, twitter, myspace, frienster mahupon instagram. then korang akan di reward. tak banyak, tapi boleh -lah nak buat duit kocek. kalau lagi rajin lagi banyak-lah dapat.

ini sikit lebih kurang ke macam Nuffnang ke, ChurpChrup ke, share advertisment diaorang dan kita akan di-reward.

nak lebih jelas lagi, mungkin boleh cuba tengok video 8share ni.




sekian, terima kasih. jeng jeng jengggg~


click here !
http://bit.ly/1djHbMT


Monday, November 25, 2013

mandi tak basah jahh 'NeverWet'



kau bayangkan jahh, tengah hujan lebat kau pakai kasut jenis kain. lagi-lagi kalau kasut yang menjadi kesayangan abadi di hati kann. pergghh, rase nak tanggal kasut je-kan.

pastukan jahh, aku jumpe something awesome dari internet jahh. nama-nye 'NeverWet Spray'. dok tengah bosan asyik mengadap assignment je jahh, aku pon godeh-godeh-lah internet pasal new invention semua tu jahh. aku jumpe kat sini haaa~ Well Done Stuff . kemain canggih jahh.

ini video demonstrasi-nye.



kalau aku jumpe ni jahh, aku rembat terus senang nak jage kasut. agak-agak hujan takde payung spray kat tudung, amik kauu jadi waterproof tudung jahh.

lagi satu jahh. menatang yang boleh buat kau tak focus dalam kelas. nota tak tulis, mende lain yang dibuat-nye. tapi awesome gila bapak kau handsomeee~ sambil jawab exam, agak-agak nak relax kejap boleh beli POLAR PEN ni. fuhh~



that's all for this post. seeyaaa!



Sunday, November 24, 2013

mengharap bulan bisa diriba.


pernah terlintas untuk melangkah, berlari, mencari
namun kaki kaku berdiri
mati dengan hati sendiri
tak melangkah jauh sekali berlari

aku cuba tapi seakan disekat
disekat diri sendiri
yang takutkan perubahan
yang takutkan kata orang lain
yang takutkan bayang-bayang sendiri

entah mengapa aku terus menunggu
walaupun aku bisa mencari dengan hati sendiri


aku menunggu tapi mengapa?
mengapa terus tunggu.
mengharap bulan bisa diriba.
menanti pungguk terbang ke-langit ketujuh.

sampai bila.

aku akan melangkah
walau setapak
walau perlahan
ya, aku akan mula melangkah dan berjalan
hingga mampu berlari sendiri.




Tuesday, November 12, 2013

by the way ~


Assalamualaikum.

rase macam dah lama tak share kisah hidup.
ecehh macam ade yang kesah je.
currently tengah layankan semester satu untuk tahun akhir diploma. ohh yeahhh ~
agak busy dan mencabar, kelam kabut sikit sem ni.
macam semua benda taknak settle.
ceeittt! padahal sendiri yang goyang kaki.
InsyaAllah boleh !
YAKIN !


by the way, haritu ade mimpi.
mimpi ayah telefon tanye khabar.
ayah tanye tengah buat ape, suruh jaga diri, jage ibu.
jelas sangat suara ayah, jelas.
suara ayah.
walaupun suara je.


sejak akhir-akhir ni asyik pikir perkataan 'kalau-lah'
kalau-lah aku buat macam tu dulu,
kalau-lah aku pilih itu dulu,
kalau-lah ape yang aku nak takde,
kalau-lah semua-nye serba salah,
hhmmm~ kalau-lah

but this is ADIBAH !
keep cool and stay awesome !

kaitan?

abaikan. 


hopefully semua akan berjalan lancar sampai aku graduate.
sampai aku amik degree.
sampai aku kawen.
sampai hujung nyawa.

semoga dengan redha-Nya.
jauhkan aku dari jalan yang salah.
ingatkan aku dari kelalaian duniawi semata.
tegurkan silap dan salah aku.


Wassalam.



Sunday, November 10, 2013

bosan



aku bosan
bukan bosan dengan hidup aku
bukan bosan dengan dunia

tapi aku bosan dengan engkau

aku bosan dengar kau
aku bosan tengok kau
aku sampai bosan cakap dengan kau



kau diam boleh ?!

aku nak suruh kau diam
tapi itu hak kau
aku nak dengar orang lain
bukan kau sorang
kau taknak guna hak berdiam
bila orang cakap
kau kata mereka tak dengar kata
kau ?!

tapi sejujur-nya mungkin, bukan hak aku diamkan kau.
nanti bila masa kau diam harap kau tenang.

Wednesday, October 30, 2013

- wordless wednesday sarcasm -




orang yang tak faham sarcasm, sama ade die hati batu atau kepala batu. 
ke tu merujuk orang yang buat sarcasm?


Monday, October 21, 2013

antara sampah dan menyampah


tutup mata dengar kau
tutup telinga nampak kau
tutup mulut?

kau cipta batas kau.
kau redah batas orang.
kau fikir kau siapa?
kau fikir kau mulia?
kau fikir kau hebat?
kau fikir kau sorang.

aku rela diamkan
tapi aku nampak.
tapi aku dengar.

mungkin salah aku mendiamkan.
atau kau tak pernah tahu erti senyap.

aku menyampah!

kecelakaan apakah yang membuatkan aku menyampah.
menyampah dekat kau yang selalu cari silap orang lain.
menyampah dekat kau yang selalu sorok silap kau.
menyampah dekat kau yang pandang serong orang lain.
menyampah dekat kau yang kata lain buat lain.
menyampah dekat kau yang tak amik peduli perasaan orang lain.
menyampah dekat kau yang menabik dada pijak orang.
menyampah dekat kau yang sangat amat menyampah.

aku menyampah!

 what the fox say ?!




sampah ?


Monday, October 7, 2013

kalau tak suka orang-lah.



kalau tak suka orang,
jangan tunjuk.

kalau tak suka orang,
jangan kutuk.

kalau tak suka orang,
jangan dengki.

kalau tak suka orang,
jangan mengata. *inipalingutama*

kalau tak suka orang,
jangan bagitau.

kau diam-diam sudah.
kau jauh-jauh sudah.
kau senyap-senyap sudah.

tak perlu tunjuk macam semua orang suka kat kau.
mohon cermin diri dan sedar sendiri.

jangan terasa kalau bukan anda.

kalau tak suka orang cuba baca ni suka tak ?


 kalau tak suka-lah. kalau suka, ikut suka hati.

Sunday, October 6, 2013

seketika itu tak lama.




seketika bingit. 
seketika tenang. 
seketika itu tak lama. 
ada baik. 
ada buruk.
 pengalaman itu mengajar. 
senyap itu mungkin lebih seronok. 

lain manusia lain ragam,
lain manusia lain cerita,
lain manusia lain pengalaman,
lain manusia lain cara,

kalau sama,
bosan.
kalau sama, 
tak mencabar.
kalau sama,
 bukan manusia.

ehh.

manusia tetap manusia.
bukan binatang.

sekian,
wassalam.


Saturday, October 5, 2013

hipokrasi bukan hippopotamus


Hipokrit : membawa maksud seseorang yang mengutarakan kepercayaan atau pendapat yang bukan pegangannya sendiri.

Hipokrasi : perbuatan mengutarakan kepercayaan atau pendapat yang bukan pegangannya sendiri, falseness atau kepalsuan, kepura-puraan.

ni gua copy kat belog orang lain. 145 belog gua jelajah semua bagitau benda yang sama. gua syak kami saling membancuh kopi. takde kaitan. okay. abaikan.

gua rasa selama ni gua menyalah tafsir maksud menatang hipokrit ni. gua samakan dengan 'talam dua muka'. rase macam sama je. talam dua muka macam depan cakap lain, belakang cakap lain. waittt!. so sama je-lah kan. ahhhh layan-kan je-lah.

gua ade je kawan-kawan yang perangai macam ni. tapi tak ketara, jadi masih boleh dimaafkan. dan sebenar-nye gua pon kekadang hipokrit jugak. i'm realize that. ahakks.

bila gua bertalam dua muka.
lets say if i hate someone or dislike someone. gua takkan bulat-bulat tolak orang yang gua tak suka tu. so gua bertalam muka, tetap kawan dengan orang yang gua tak suka. dan kenal lebih lanjut. tak paham? harap paham.

bila kita tak suka seseorang jangan tunjuk kita tak suka dia. yee memang macam hipokrit. tapi tak salah kalau kita kenal hati budi dia dan cari tahu sebab dia jadi macam tu. 
gua ade je kengkawan yang gua tak suka. tapi lepas kenal dan kenal dan rapat perasaan benci dan tak suka tu boleh hilang sebab dah KENAL. bila dah kenal dah tahu perangai secara otomatik gua bleh terima perangai seseorang itu dan terus berkawan dengan beliau. cuba-lah try test uji dan kaji. tak rugi pon. sakit hati sikit je. boleh hilang.

akan tetapi, kalau dah kenal dan rapat tapi perangai dah tahap setan tanpa sebab yang boleh dimaafkan tu lain kes-lah ann. tapi boleh belajar maafkan orang walaupun rasa nak bunuh diri ann. ahakks.


berlajar terima diri sendiri dan orang lain untuk elakkan bermasam muka, tarik muka, dan persengketaan berterusan. but all this pendapat gua dan cara gua. segala bantahan boleh dikemukakan. no problemo. akhir kalam, sekian terima kasih daun pudina.


Monday, September 30, 2013

praktikal dulu.


Assalamualaikum.
disini ingin dicerita-lah serba sedikit pengalaman aku praktikal kat TM BP suatu ketika dulu. praktikal dua bulan je. macam lama tapi tak cukup lama. memula bukan tempat praktikal pilihan tapi sebab nak try layan-kan je-lah. 

first day, supervisor takde. so datang pukul 8.30, lepak jap. 10 lebih gitu pakcik ajak makan nasi minyak die belanje then balik. awesome. hari kedua, supervisor ade, bla bla bla dengan supervisor. then die decide dengan persetujuan aku untuk tukar department tiap dua minggu. double awesome.

first week kat MDF Room. tak rase janggal sangat sebab ade budak praktikal dari politeknik lain dan diaorang sangat friendly. thumb ups! [-..-]b kat sini gua dididik oleh pakcik Malik. actually, aku dua tiga kali je puncher jumper wire tu. yang lelain aku tolong tolak tarik jumper wire je. muahahahahakkss. tapi ade-lah pengalaman panjat turun kat situ.



yang ni saje je ikut DOKET punye orang nak jenjalan. hehehekks.


seterusnya aku masok bahagian OFM. first day kat OFM dah dibawak lari pakcik Mazlan pergi Bukit Naning. tengok contractor tarik kabel. kabel rosak, then diaorang tarik keluar kabel lame, tolak masok kabel baru. dapat-lah pengalaman berpanas terik. tapi time tu tak terik sangat. dan dapat tengok sendiri-lah manusia-manusia yang gigih demi sesuap nasi. jangan pernah pandang rendah orang kerja tepi jalan. risiko tinggi. tanggungjawab besar. 




kemudian aku dicampak ke bahagian Cooper. not sure-lah betul ke tak name-nye. tapi diaorang panggil gitu. first day kat sini dah berjalan satu Batu Pahat meronda pergi pencawang-pencawang. ade jugak ikut tengok contractor betulkan drainage yang roboh.



at the end aku kat RNO Data. ikut pakcik pergi betulkan modem dan line internet yang tak berapa betul. makan nasi ayam Parit Sulong. dan berakhirlah praktikal kat TM BP ni. jeng jeng jengggg~


banyak sebenar-nye yang aku belajar kat TM ni. banyak pengalam dan cerita yang bersukacitakan. tapi kurang rajin nak in details about that. dah lame post ni tersimpan dalam draft sebab takde idea nak ngomel cemane. 

the last but not least

A LOT OF THANKS
to all crew of TELEKOM MALAYSIA BHD, BATU PAHAT, JOHOR.
yang kenal atau tak kenal, secara lansung atau tidak langsung membantu, ingat atau tak ingat.
memori itu tetap terpahat dalam memori. terima kasih daun pandan. 


btw,
second last. thanks. kbye.

Monday, September 16, 2013

tahun tiga


assalamualaikum..

agak lama setelah sekian tidak meng-update blog. by the way dah start sem 5 tahun 3.
first week ke kelas setelah 5 bulan berhoney madu. pergghhh sangkut kepala, tak refresh lagi.
and one more thing, dah duduk rumah sewa sendiri. 7 orang satu rumah 500 henggit sebulan, belum masok api air internet makan minum. dulu duduk asrama main lenjan je air api muahahahakks.


rumah flat je. tingkat 4 takde lift. awesommeeeeee~ tapi lampu canggih, nak rase macam condo bukak lampu. buat mase ni belom dapat bil soooooo we wait and seeee~
 

dannnn tak boleh nak lepak-lepak terbongkang lagi. first week dah ade task yang kena buat, biase-lah tu. cuma dulu ade task buat-buat takde je. muahahahahakks. aku amik networking sem ni. layan-kan aje-lah.

kbye.

[-..-]b