Friday, October 5, 2012

kau manusia 'teristimewa'



sabar je-lah menghadap manusia-manusia ni. janji ditepati, janji dicapati, nanti mati. kau pandai cakap orang bodoh. memang kau pandai. 'pandai' yang amat ! yang amat ! kau manusia mereka manusia. besar darjat kau nak hina orang nak kate orang nak rendahkan orang nak maki orang nak caci orang.. kau memperbodohkan orang sampai diri kau nampak kebodohan-nya. kau memang bodoh. bodoh. ya! kau yang betul yang benar yang tepat yang baik yang pandai yang bijak. yaa!! kau sorang kau sorang !! memang kau ! sakit hati kau perlu disebar perlu diluah perlu diperhati perlu dikata perlu dipujuk rayu. sakit hati orang lain kau butakan bisukan pekakkan. jasa kau perlu dikenang, jasa orang kau kuburkan. salah orang kau suluhkan terang benderang bagi orang nampak. salah kau disimpan dalam kocek berikat tali merah kasi pelindung. kau yang betul. kau sorang yang betul ! kau mencanang kau mengadu kau mengata. boleh, memang kau sorang boleh. orang lain mencanang mengadu mengata, kau kata salah kau kata silap kau kata tak betul kau kata penipu. kau?! memang kau manusia 'teristimewa'. bila dah susah, kau lari. kau pergi. tinggalkan kami. kau bersuka ria. orang lain merana tergeliat. susah orang kau takde, susah kau nak simpati. senang orang kau ade, senang kau sorang merasa. ahhh!! memang kau!



luahan tersirat yang tersurat masih lagi berselirat
" memang kau manusia 'teristimewa' "


3 comments:

Anonymous said...

dalam. :)

♥fadiraida♥ said...

oh ya! memang teristimewa~ lalalaa~~

Anonymous said...

best ~