getaran jiwa si hati tisu


yaribaa~ yaribaa~ Assalamualaikum semua.

hati tisu
hati lembut
hati kapas

lantak-lah hati ape pon
agenda sebenar nak cerita pasal 'kuat touching'
kalau ikot kamus touching tu 'mengharukan'
tapi banyak berpendapat touching tu macam 'terasa'

okay, tak kesah-lah ape pon. yang penting 'touching'
touching
okay, touching
tukar-lah
okay, terasa
macam tak best
okay, hati tisu

ape entah aku mengarut ni. okay, start.
point sebenar aku ialah, kekadangkan ade je dikalangan kawan-kawan aku yang cepat touching.
cepat terasa. cakap lebih sikit, terasa. gurau sikit, terasa. buat lebih sikit, terasa. tinggal kejap, terasa. lupa kejap, terasa. tak ajak keluar, terasa. tak bercakap, terasa. especially girls, mereka memang mudah terasa dalam erti kata lain 'kuat touching'.

aku faham, manusia semua ada hati, ade perasaan. akan tetapi, kalau tiap waktu tiap saat tiap ketika nak touching memanjang naik muak jugak aku dok menghadap. sejujur-nya aku pendiam, tapi bile aku bercakap memang direct to the point. tapi tak bermaksud ape-ape pon. and kadang-kadang jugak perlakuan aku boleh menyakitkan, tapi bukan sengaja. MAAF U_U

kalau touching sampai tarik muka taknak cakap setahun sebulan memang parah. tak payah nak layan touching sangat. aku kalau ter-touching aku diam je. lebih baik melupakan dari mengenang. ade je aku luah perasaan kat twitter ke facebook ke bile aku touching. hahaha. poyooss!

nak terasa bertempat, nak touching bertempat. walhal, kentut pon kena bertempat jugak.
semput nyahhh nak layan orang kuat touching. kena jaga hati die je sepanjang masa. hati kita yang terobek berdarah dihiris sembilu pokok pinang, kite je yang merasa sengsorang. sedih hidup. T_T

lagi satu yang kadang-kadang buat aku touching tahap impak maksima punya. dah touching pastu mengadu kat orang lain macam kita dah bunuh anak kucing kesayangan die. pastu habis satu kampung pandang senget serong kat kita. pastu orang lain tu, dok marah maki perli psycho kita bagai. lagi menangis. aduuuhhh. sedihh! *nangis guling2 atas jalan tar*

and and and 'mengungkit'. pantang! hamboiii, yang terasa lima empat abad yang lepas pon nak diungkit semula. aku tak kesah kalau tv3 nak ulang tayang sinetron Bawang Putih, Bawang Merah. tapi pantang aku bila orang mengungkit balik kisah yang lepas. LET BYGONE BE BYGONE! get a life! jangan nak mengenang nasib je. kau sorang je yang touching ke ?!

yang penting untuk elakkan ter-touching or terasa. keep positive thinking. yuuppp! agak-agak rase terkilan terasa ter-touching cuba fikiran-kan benda positif sebalik kejadian. ade hikmah-nye. jangan nak layan perasaan melarat bak awan mendung berarak jingga kelabu nan senja.



boleh terjadi ade yang touching aku post macam ni. sila terasa. hahahahahakkss.




Comments

Popular posts from this blog

matthew gray gubler

padah bergurau di eskalator

FIPPER

sejarah BATU PAHAT.. kau tahu??

sesat dalam sesaat