tukangBaca

Monday, October 29, 2012

wwwaaaahhhhhhh~


cuti semester selama sebulan
baru dua minggu berlalu hampir ke tiga minggu
tapi rase macam dah 7354 bulan cuti

result semua subjek pon dah keluar
segala-nya okay
sikit lebih kurang je macam semester lepas 

tak sabar sangat nak naik semester depan
tak tahu kenape, rindu barangkali

wwwwaaaaaahhhhhhh~

jiwa raga tengah bercelaru
dalam setiap waktu yang berlalu
tapi dia tetap tak tahu
mungkin takkan pernah berlaku
hanya doa pengiring rindu

the end

tadi macam banyak nak cerita tapi terbantut plak

the end



Saturday, October 27, 2012

just like a star



nothing special about this picture actually, i just love the sparkle.
from the sunshine to the fake diamond and kachingg! sparkling like a star.

try to stare this picture
and you will see the milky way is moving
or it's just me
hahaha

berhenti dan hentikan


Ya,
aku perlu berhenti
aku perlu hentikan

berhenti mengimpikan
berhenti mengharapkan
berhenti mengangankan

hentikan perasaan
hentikan penantian
hentikan alasan

tapi takkan pernah
berhenti mendoakan

selamat tinggal kenangan
kenangan terindah
selama-nya dalam kenangan

 




Wednesday, October 24, 2012

cengkerik berlagu pilu


Assalamualaikum semuaaaaa~
Salam Satu Malaysiaaaa~

pesanan : hanya madah tanpa makna tersurat tapi tersirat masih berselirat. hahahahaha.


_____________________________________________________________________________


waktu itu
pantas berlari
laju berlalu
kejar dicicir
lelah tersungkur

waktu itu
aku dilambung bergunung gumbira
aku disimbah berbalang senyum
aku ditabur berbukit kata sakti
aku rindu
aku cuma rindu
aku ingin dirindui
dan terus merindui

namun waktu itu pantas berlari
seakan lupa aku hanya berkaki
tiada tenaga mengejar
tiada kuasa menghenti

mungkin itu hanya sekadar cekerama di pentas dunia
penuh pelangi sakti yang datang dan hilang
datang dan hilang
datang dan hilang
datang dan .........

aku hanya mampu tersenyum sebalik duka
aku hanya mampu tertawa sebalik luka
aku hanya mampu ..........

mungkin ini balasan untuk
aku meragui
aku menolak
aku melukakan
aku menyakitkan
maafkan aku. tolong, maafkan aku

dan bila waktu itu kembali
walau dalam mimpi
aku tetap berjanji
akan aku hayati
akan aku hargai
akan aku sayangi
akan aku cintai
selama-nya mungkin.


 biarkan cahaya mentari pergi di kala senja
kerana rembulan jadi pengganti
sehingga jodoh kita bertemu lagi

Subhanallah,
Ya Allah, 
jangan biarkan aku alpa 
jangan biarkan aku leka
Ya Allah
sesungguh-nya hanya Kau yang Maha Mengetahui

KENANGAN bukan untuk dilupakan tapi untuk dijadikan PENGAJARAN

Tuesday, October 16, 2012

Hospital Sultanah Nora Ismail


dahulu-nya~


BERTUKARRR!!


menurut theStarOnline



Y.A.M. Tunku Puan Nora Ismail yang menjadi Sultanah Johor dari tahun 1981-2010. 
The third wife to Sultan Ismail of Johor. She is born as Tengku Nora binti Tengku Ahmad (elder sister to Sultanah Zanariah). She married with Sultan Ismail in 1978. She rose to the title of Sultanah of Johor in 1978.

 HIDUP BATU PAHAT! HIDUP JOHOR!
majulah sukan untuk negara!
okay, bye.
 
 

Sunday, October 14, 2012

dear crush,




"I Won't Give Up"

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No: I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up, still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up


title post tak boleh blahh ann. okay, maafkan saya.
just love this song a lot.
means to me a lot.
okay, it's just my last song syndrome actually. but... hahahaha. okay, bye.
Assalamualaikum.





Thursday, October 11, 2012

sharing is caring kate-nyee



Assalamualaikum Cinta, then jawab Walaikummusalam Rindu. aauuww. so sweet. okay. haha.


okay, baru-baru ni aku ade join beberapa forum. okay, bukan beberapa, baru dua forum. *okay poyo hahaha. and and and kedua-dua-nya berkisahkan tentang cinta. okay. angaukah aku ingin kepingin bercinta. ohh tidak. aku cuma mengisi masa lapang dan cuba menuntut ilmu yang baik kate-nyee. auummm. okay, tetibe. aku cuma nak share sikit-lah ape aku dapat dari feforum ni. tak banyak yang aku ingat, tapi adelah jugak yang aku ingat. kalau ada yang silap salah harap dibetulkan dan dimaafkan.
 


first forum is Rahsia Mencari Pasangan
Dato Dr. Fadzilah Kamsah + Pn. Wardina Safiyah + En. Fahrin Ahmad

obviously, 'rahsia mencari pasangan'. mestilah ade tips-tips mencari pasangan serasi sejati sehati sejiwa selama-nya. auuuww so sweet. first of all yang aku ingat sampai sekarang;
 'Bersentuhan sebelom nikah, itu tanda cinta yang jijik dan kotor' - Wardina Safiyah, 2012 
beliau jugak kate, kalau seorang lelaki menyentuh wanita sebelom nikah, makna nya lelaki itu tak pernah cinta atau sayang kat wanita tersebut. beliau yang kate. pastu beliau kate lagi, kalau wanita tak sayang diri sendiri, takde makne wanita itu nak sayang orang lain. betol tak ? lagi, lagi die cakap kecantikkan bukan sekadar fizikal, tetapi kecantikan dari ahlak, ilmu dan keyakinan diri. ayat yang paling aku suka;
'Yang indah itu, selalu-nya tertutup' - Wardina Safiyah, 2012
'Dalam kepahitan akan ada bibit-bibit kemanisan ', itu indah

okay, dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah plak, banyak giler kot. antare yang aku ingat-lah;
'Keyakinan adalah doa yang mustajab' - Dato Dr. Fadzilah Kamsah
kalau kita yakin, segala-nya Insyallah termakbul. beliau share lagi;
'Orang yang kuat ialah orang yang menahan amarah dan memberi maaf' - Dato Dr. Fadzilah Kamsah
okay, aku akan cuba jadi yang kuat antara yang terkuat. beliau juga ade cakap yang kita kalau nak cari jodoh, jangan dok termenung kat tangga mengharap bulan jatuh ke riba. kita perlu usaha mencari jodoh. haha. untuk aku.. hmmm.. *thinking* hew hew hew. beliau jugak kate;
'Allah akan bagi apa yang baik untuk kita, apa yang kita layak dan apa yang kita perlu' - Dato Dr. Fadzilah Kamsah
ohh, ya lagi satu ayat;
'Cemburu tanda beriman tapi bukan cemburu buta' - Dato Dr. Fadzilah Kamsah

dan entah kenape aku tak ingat ape-ape ayat dari Fahrin Ahmad. hahaha. 



second forum is Kuch Kuch Hota Hai (Dakwah itu Cinta)
Ustaz Shahrizan + Hilal Asyraf + Yatt Hamzah

yess, about cinta. not fully cinta between man and woman. Ustaz Shahrizan kate, ade empat peringkat cinta. bak kate pepatah Aris Ariwatan;

Satu
kasih nan abadi
Tiada tandaingi dia yg satu

Dua

sayang berpanjangan
Membawa kesyurga
Kasihnya ibu

Tiga

lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat

mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih
 
tapi Ustaz Shahrizan tukar,  yang kedua tu cinta kepada Rasullulah. yang ketiga ibu bapa. yang keempat manusia-manusia lain. beliau jugak kate, cinta ialah persoalan dalam hati. hmm, i'm not really remember what he mean by that sentence. hehehe. lagi die kate;
'Jangan salahkan takdir, itu pilihan anda' - Ust. Shahrizan, 2012 
maksud beliau ialah, kenape kita salahkan suratan takdir padahal apa yang kita buat semua atas pilihan kita sendiri. buat dosa, buat pahala. semua atas pilihan kita. jangan pernah nak salahkan takdir. that's not fair ! salah kita, tapi kita salahkan takdir.

Hilal Asyraf kate pulak; 
kita perlu mempersiapkan diri menjadi pemimpin. tak kesah wanita atau lelaki. bina kematangan dan disiplinkan diri. okay, faham? yang paling best beliau kate;
'Awak kate awak sayang dia, tapi dalam masa yang sama awak tolak dia masuk neraka. adakah itu cinta ?' - Hilal Asyraf, 2012
maksud beliau ialah, si mamat sayang si minah, tapi pegang-pegang tangan, cium-cium, peluk-peluk, rapat-rapat, sengol-sengal melakukan perkara yang membawa kepada dosa dan zina. Astagfirullahalazim. adakah itu CINTA? cinta ialah hendak bersama-sama ke Syurga, Till Jannah bak kate bebudak sekarang. akan tetapi adakah anda Till Jannah or Till Jahanam. 

dan tak berape nak ingat ayat bombastik dari Yatt Hamzah. ade-lah sikit die kate;
'Hidayah itu Hadiah yang teristimewa dari Allah S.W.T' - Yatt Hamzah


banyak lagi sebenar-nye. ade yang aku take note, ade yang aku tak take note. nak share semua mungkin dari masa ke semasa. Insyallah. BEST SESANGAT dapat join feforum ni semua. UTeM banyak buat forum sebenar-nye. aku je sedar tak sedar. hahaha. banyak ilmu yang boleh dipraktikkan. banyak sangat. kalau ade rezeki nak join lagi forum yang disediakan. nak ajak reramai. nak share bebanyak. the end.

 


Tuesday, October 9, 2012

getaran jiwa si hati tisu


yaribaa~ yaribaa~ Assalamualaikum semua.

hati tisu
hati lembut
hati kapas

lantak-lah hati ape pon
agenda sebenar nak cerita pasal 'kuat touching'
kalau ikot kamus touching tu 'mengharukan'
tapi banyak berpendapat touching tu macam 'terasa'

okay, tak kesah-lah ape pon. yang penting 'touching'
touching
okay, touching
tukar-lah
okay, terasa
macam tak best
okay, hati tisu

ape entah aku mengarut ni. okay, start.
point sebenar aku ialah, kekadangkan ade je dikalangan kawan-kawan aku yang cepat touching.
cepat terasa. cakap lebih sikit, terasa. gurau sikit, terasa. buat lebih sikit, terasa. tinggal kejap, terasa. lupa kejap, terasa. tak ajak keluar, terasa. tak bercakap, terasa. especially girls, mereka memang mudah terasa dalam erti kata lain 'kuat touching'.

aku faham, manusia semua ada hati, ade perasaan. akan tetapi, kalau tiap waktu tiap saat tiap ketika nak touching memanjang naik muak jugak aku dok menghadap. sejujur-nya aku pendiam, tapi bile aku bercakap memang direct to the point. tapi tak bermaksud ape-ape pon. and kadang-kadang jugak perlakuan aku boleh menyakitkan, tapi bukan sengaja. MAAF U_U

kalau touching sampai tarik muka taknak cakap setahun sebulan memang parah. tak payah nak layan touching sangat. aku kalau ter-touching aku diam je. lebih baik melupakan dari mengenang. ade je aku luah perasaan kat twitter ke facebook ke bile aku touching. hahaha. poyooss!

nak terasa bertempat, nak touching bertempat. walhal, kentut pon kena bertempat jugak.
semput nyahhh nak layan orang kuat touching. kena jaga hati die je sepanjang masa. hati kita yang terobek berdarah dihiris sembilu pokok pinang, kite je yang merasa sengsorang. sedih hidup. T_T

lagi satu yang kadang-kadang buat aku touching tahap impak maksima punya. dah touching pastu mengadu kat orang lain macam kita dah bunuh anak kucing kesayangan die. pastu habis satu kampung pandang senget serong kat kita. pastu orang lain tu, dok marah maki perli psycho kita bagai. lagi menangis. aduuuhhh. sedihh! *nangis guling2 atas jalan tar*

and and and 'mengungkit'. pantang! hamboiii, yang terasa lima empat abad yang lepas pon nak diungkit semula. aku tak kesah kalau tv3 nak ulang tayang sinetron Bawang Putih, Bawang Merah. tapi pantang aku bila orang mengungkit balik kisah yang lepas. LET BYGONE BE BYGONE! get a life! jangan nak mengenang nasib je. kau sorang je yang touching ke ?!

yang penting untuk elakkan ter-touching or terasa. keep positive thinking. yuuppp! agak-agak rase terkilan terasa ter-touching cuba fikiran-kan benda positif sebalik kejadian. ade hikmah-nye. jangan nak layan perasaan melarat bak awan mendung berarak jingga kelabu nan senja.



boleh terjadi ade yang touching aku post macam ni. sila terasa. hahahahahakkss.




Sunday, October 7, 2012

stress ?! ape ade hal


Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..

as a students, memang aku tengok kawan-kawan aku selalu stress bila belajar, bila buat assigment, buat project, buat kuiz, time exam lagi-lah double triple stress tahap impak maksima kuasa kuda berlari di bawah mentari lagi. aku pon kadang-kadang stress. but, somehow aku tak stress tapi tengok orang lain stress aku yang merana.

ramai antara kawan-kawan aku yang cakap, aku ni relax sepanjang masa. happy je. tak stress pon.
meyh aku kasi tips sikit.

1. first sekali yang selalu buat korang stress; jangan ingatkan balik benda yang lepas. macam exam assigment, kuiz. tapi bagi aku LET BYGONE BE BYGONE. kita dah usaha sedaya mampu, so nak menyesal tak guna, nak meratap pon tak guna. paper exam dah hantar, assigment dah submit, next TAWAKAL.

2. second, please jangan paksa diri. kalau penat, rehat. kalau ngantok, tido. kalau lapar, makan. bukan nak suruh berhenti, tapi amik masa untuk tenangkan fikiran. rehatkan otak. ni pakai sumbat dalam kepala tak pasal-pasal pengsan empat hari empat malam.

3. next, fikir positif. itu yang paling amat sangat penting. jangan fikir kita ni downnn je sepanjang masa. keYAKINan doa yang MUSTAJAB bak kata dato dr Fadzilah Kamsah. serious ni, kalau korang rasa salah, tak semestinya betul-betul salah. faham tak ? POSITIF POSITIF POSITIF. fikiran pekara yang baik je. ingat ni 'setiap kejadian ada hikmahnya. kalau kita tak berjaya harini. Insyallah esok lusa kita boleh usaha dan berjaya'.

4. buang perasaan yang buruk-buruk. sedih ade penawar. sakit ade penawar. iri hati ade penawar. kecewa ada penawar. semua-nya ada penawar. ada, disekeliling kita. muhasabah. Insyallah jumpe 'penawar'.

5. bersosial, bukan jadi macam SIAL. hahaha. maafkan saya. bersosial tak semestinye dengan facebook, twitter, blogger. GO OUT and do something good. korang pegi joging 15 minit pon dah okay. tapi bersosial-kah ? tak kesah-lah ann. cari kawan-kawan yang boleh hilangkan stress. takde kawan ? mak bapak korang kat kampung tu ape guna. telefon diaorang. mengadu nasib sekali sekala kat parent ape ade hal ann.

6. banyak sangat masalah? huiisshh! macam perdana menteri negara bergolak. setiap masalah ade penyelesaian. jangan fikirkan masalah, tapi fikirkan cara menyelesaikan masalah. tak selesai jugak mintak tolong teman-teman yang boleh membantu. mungkin luahkan masalah lebih baik dari pendam memanjang ann ann ann. 

7. Allah S.W.T ada. sentiasa ada. selama-nya ada. al-Quran. Zikir. Doa. Solat.



 'KEEP CALM AND STAY POSITIVE'


Friday, October 5, 2012

kau manusia 'teristimewa'



sabar je-lah menghadap manusia-manusia ni. janji ditepati, janji dicapati, nanti mati. kau pandai cakap orang bodoh. memang kau pandai. 'pandai' yang amat ! yang amat ! kau manusia mereka manusia. besar darjat kau nak hina orang nak kate orang nak rendahkan orang nak maki orang nak caci orang.. kau memperbodohkan orang sampai diri kau nampak kebodohan-nya. kau memang bodoh. bodoh. ya! kau yang betul yang benar yang tepat yang baik yang pandai yang bijak. yaa!! kau sorang kau sorang !! memang kau ! sakit hati kau perlu disebar perlu diluah perlu diperhati perlu dikata perlu dipujuk rayu. sakit hati orang lain kau butakan bisukan pekakkan. jasa kau perlu dikenang, jasa orang kau kuburkan. salah orang kau suluhkan terang benderang bagi orang nampak. salah kau disimpan dalam kocek berikat tali merah kasi pelindung. kau yang betul. kau sorang yang betul ! kau mencanang kau mengadu kau mengata. boleh, memang kau sorang boleh. orang lain mencanang mengadu mengata, kau kata salah kau kata silap kau kata tak betul kau kata penipu. kau?! memang kau manusia 'teristimewa'. bila dah susah, kau lari. kau pergi. tinggalkan kami. kau bersuka ria. orang lain merana tergeliat. susah orang kau takde, susah kau nak simpati. senang orang kau ade, senang kau sorang merasa. ahhh!! memang kau!



luahan tersirat yang tersurat masih lagi berselirat
" memang kau manusia 'teristimewa' "