tukangBaca

Wednesday, August 15, 2012

alone


alone
it's can be fun
it's can be sad

fun
no one can disturb you
no one can hurt you

sad
no one to talk with you
no one to accompany you

not everytime you're alone
just sometimes
yes, sometimes.

you know what,
when you're alone
you can just think about you and yourself
about the history of your live that you leave
about the future that you want to be
about the current that you really have to face
and ignoring the others
some people said as 'Muhasabah'




sorry for the harrow 'tatabahasa' [-..-]v

Friday, August 10, 2012

Ayahnda


27 Julai 2012 / 7 Ramadhan 1433 / Jumaat

pagi tu aku ade midterm exam for Operating System. lepas exam stay untuk discussion FST. then stay lagi dengan huda kat library. pastu balik hafiz samat yang amik kitaorang. pastu pegi bazar peringgit. ibu call, family aku ondaway pegi Melaka, dan kami berjumpa di Peringgit. kami sekeluarga terus gerak ke Restorant Nyiru berdekatan Masjid Al-Azim untuk ber-iftar.

iftar terakhir aku bersama ayahnda. 
hari terakhir aku menatap ayahnda. 
hari terakhir aku salam dan cium tangan ayahnda.

4 Ogos 2012 / 15 Ramadhan 1433

petang, terniat di hati untuk menghubungi keluarga. telefon ibu. ibu bagi tahu ayah masok hospital sebab pening kepala. ibu kata ayah okay. ibu kata ayah akan sembuh. ibu kata ayah tak apa-apa. aku kuatkan hati mengatakan ayah akan sembuh, ayah akan selamat, ayah tak apa-apa.

5 Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433

keluar bersama rakan serumah. teringat ibu dan ayah. telefon ibu. ibu kata ayah okay. ibu kata ayah akan sembuh. ibu kata ayah tak apa-apa. ibu bagi telefon pada ayah. ayah cakap, 'hati-hati jalan, belajar baik-baik, ayah tak apa-apa, jangan risau'. lemah longlai sayu suara-nya. tapi aku kuatkan hati. ayah akan sembuh.

kali terakhir ku dengar suara ayahnda.

6 Ogos 2012 / 17 Ramadhan 1433

pulang dari kelas. hati tidak tenang. telefon ibu. ibu kata ayah makin teruk. ya Allah, bagai dihempas hati ini ke batu. pecah. berderai. hancur. aku tanye ibu, 'nak adi balik tak?'. ibu kate, 'tak payah tergesa-gesa'. aku kuatkan hati. ayah akan sembuh.

7 Ogos 2012 / 28 Ramadhan 1433

7 pagi, angah telefon. angah nangis. angah suruh aku pulang. angah larang ke kampus. angah tak bagitau apa-apa. nanti angah jemput. aku bersiap. aku tunggu. aku terlelap. 9.20 aku hubungi semula angah. angah bagitau 'ayah dah meninggal'. ya ALLAH. seakan tidak percaya. seakan mimpi. seakan drama. aku hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis. terima kasih rakan serumah yang tenangkan aku. Huda, Bmah, Aien dan Nad (yang lain dah ke kelas). aku tunggu along.

10 lebih, along sampai. terus gerak ke Muar. jemput adik. sampai Sungai Abong, Muar. tunggu adik. adik baru tahu. adik nangis, along nangis, aku nangis.

12 lebih, sampai rumah.
kereta banyak,
orang ramai,
suara mengalunkan surah Yassin berkumandang,
sebak-nya,
hiba-nya,
sayu-nya,
sakit-nya,
ibu, aku cari. aku salam.
lemah hati ini.
lemah kaki ini.
lemah mata ini.

lihat ayahnda terbujur kaku di suatu sudut.
di keliling sanak saudara dan sahabat handai.
alunan ayat-ayat suci bergema segenap rumah.

zohor, jenazah ayahnda di sembahyangkan,
kali terakhir diberi peluang menatap ayahnda,
cium ayahnda, sejuk. sayu.
jenazah kemudian dikebumikan.
kuatkan hati.
ayahnda pergi di bulan mulia.
kerana Allah lebih sayangkan ayahnda.

ayah, 
maaf tak sempat minta maaf kat ayah,
maaf tak jaga ayah mase ayah sakit,
maaf selama ini adi banyak sakitkan hati ayah,
maaf banyak menyusahkan ayah.
ayah,
(Insyallah), 
adi janji nak belajar sehabis baik,
adi janji jaga ibu sebaik mungkin,
adi janji nak jadi anak solehah,
adi janji akan ingat ayah sampai bila-bila
ayah,
adi sayang ayah sangat-sangat.

al-Fatihah
Alwee bin Mokhtar
22 Disember 1954 - 7 Ogos 2012