Thursday, May 3, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu


Ed Westwick

nak tahu tak
dulukan..
zaman aku tinggal kat asmara asrama aku ade bace novel
fuyyoohhh.. tak sangka aku serajin itu untuk membaca novel
tapi mase zaman ketika di asmara asrama-je-lah
lepas tu.. dah takde makne-nye. usha-usha kat kedai buku je. muahahahahakksss..

buku ini mengisahkan tentang jejaka indonesia yang mencuba nasib untuk menjadi penyanyi di Malaysia. beliau menghadapi dilema untuk memilih antara kekasih-nya di indonesia atau pengurus-nya di Malaysia. dan akhir-nya beliau memilih. jeng jeng jeng entah aku pon tak tahu. seingat aku novel nie tergantung. hehehekkksss. pepandai-lah die pilih yee. pepatah mengatakan 
' andai kau punya kekasih dan kau jatuh hati pada kekasih kedua, pililah yang kedua. kerna andai kau mencintai yang pertama tidak mungkin anda jatuh hati pada yang kedua '

yang ini pulak. pasal silelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan. tapi twin beliau meninggal. ayah silelaki meyakinan silelaki ialah twin beliau yang telah meninggal. pastu siperempuan jumpe silelaki, tapi silelaki tak kenal siperempuan. then, silelaki pon teringat kisah lama. then, silelaki mula semula untuk memenangi hati siperempuan. muhahahahkkss. lebih kurang begitu-lah cerita-nye. ada paham ?

yang ini tebal gila nak mati. jenuh aku nak menghabiskan. ianya tentang sigadis yang dibenci ayah dan kakaknya kerna dikatakan punca kematian ibunya. sigadis pula dipaksa berkahwin dengan sijejaka yang membenci-nya atas sebab wasiat ayah sijejaka. then, beliau menghadapi dugaan cabaran aral melintang ombak rindu segala bagai dalam hidup beliau. dah dekat nak ending sigadis menghidap penyakit. kesiannn.. T_T my favorite novel actually. hehekkss.

yang ini aku tak pasti aku bace ke tak. sebab ingat tak ingat je. tapi jalan cerita lebih kurang same-lah. kena kawin pakse aral melintang dugaan and so on. hehehekksss.

dan untuk pengetahuan kalian aku tak pernah beli novel. semua ni adalah atas ehsan kengkawan yang sudi meminjamkan novel dan turut sabar menunggu aku habis bace novel. tangkap leleh jugak-lah bile bace novel. sedih kot. sweet pon ade. hohohohoo. bile bace rase nak kawin je. hohohohoo. so sweet-lah gediks. tapi semua-nya happy ending and so very the cliche you know. hahahakkss. sebab kalau takde happy ending makne-nye belom habis-lah cerita tu.

aku bukan pembaca novel yang tegar. cuma sekadar mengisi masa lapang. pastu study-nye kelaut. memang adat-lah. haktuiihh!! habis dah satu dorm mengadap novel aku takkan nak tenung dinding je kan. so aku pon pinjam dengan muka bajet tak malu. ade lagi novel remaja yang tahap kanak-kanak tapi tak berapa ingat tajuk-nye. sebab bace mase form1 form2 gituww.


No comments: