tukangBaca

Wednesday, February 22, 2012

i am nineteen years old


i was born in 21st February 1993.. aauuww..
saye dah sembilan belas tahunn... muda lagi tauuu... aauuuww...
okay.. post gedik..

semalam birthday saye..
the best moment, dalam kelas semalam all my classmate (section1) nyanyi lagu birthday untuk saye.. terharu saya.. terima kasih kalian.. hehehehekk.. malu saye aauuuww...  terasa diriku begitu berharga.. *chewaahhh....



ini semua my friends yang bagi.. auuuww... sukeww-nyyeerrr

terima kasih semua...


Friday, February 17, 2012

SAYA SAYANG IBU..!!



 wwwaahhhh..
nak tahu tak..
badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan 45 Del, akan tetapi semasa bersalin si IBU akan megalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.. 
 
nampak tak besarnya pengorbanan seorang IBU untuk melahirkan kita.. tapi kita semakin dewasa mula melupakan segala jasa.. hanya tahu meminta, tapi tak pernah cuba untuk memberi.. yaa.. mungkin ada sesetengah ibu yang mengongkong, tegas terhadap anak-nya.. tapi sedar-lah wahai anak , tiada IBU yang mahu menyiksa anak-nya.. segala yang dilakukan IBU kita adalah demi kebaikan kita.. 
 
ingat, setiap apa yang kita lakukan terhadap IBU kita akan dibalas semula oleh bakal anak kita terhadap kita.. 




sebak kot bile nak buat post nie.. hampir menangis.. hampir-lah.. ahakkss.. punca tercetus-nye idea nak buat post ni sebab terbaca 10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran.. sebak mengingatkan kesakitan yang ditanggung IBU ketika melahirkan kita.. lepas itu ditambah dengan perangai kita yang sering menyakitkan hati mereka.. 

jangan cakap korang tak pernah sakitkan hati IBU korang.. mungkin korang tak sedar kadang-kadang perlakuan, mimik muka, tarik muka sikit pon dah boleh buat seorang IBU terguris hati tauu.. 
 
 
_____________________________________________________


 
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Copyright© LifeFit.my
 
 
 

Wednesday, February 8, 2012

ngendap orang mandi memalam..



alkisah :
"woi.. jangan mandi malam-lah, tak elok.."
respond :
"abis badan dah berlumur air liur basi plus habuk plus lumpur parit buntang, nak mandi esok pagi jugak ke.??"

ramai orang cakap mandi malam boleh menyebabkan penyakit.. adakah benar.. 
aku dah search kat google, msn, yahoo segala bagai memang banyak cerita tentang side-effect mandi malam tapi ade jugak yang kate mandi malam tak mendatangkan apa-apa effect... 

ikot logic akal fikiran aku yang agak logic..
mandi malam tak akan mendatangkan side-effect.. punca penyakit mungkin kerana 
  • berendam dalam air terlalu lama memalam pulak tuu 
  • mandi lelama ketika hujan lebat cuaca sejuk beku  
mungkin-lah aku pon tak pasti.. aku ade terbaca article yang berbunyi : 

  sumber CyberClinic

kesimpulan-nye, jangan malu segan takut bila nak mandi malam.. tetapi dinasihatkan juga, nak mandi tu beragak-lah.. jangan berendam sampai kecut berkedut semua kulit, jangan mandi sampai empat lima jam.. anda mampu mengubah-nya, ingat-lah bil air yang tersayang.. ahahkkkss...

ini untuk rumah persinggahan aku...

 ini untuk rumah kedua aku..

 ini untuk guest house aku..

 nak suruh nenek aku buat kat kampung nuuu..

sumpah syiok kalau ade bathroom macam nie kat rumah aku.. hahahkkkss..

sejujur-nya aku suka mandi memalam, tetapi adakala-nya juga aku malas nak mandi..
huahahahakkkss... *jujurtak??

-jommandi-

Saturday, February 4, 2012

saya suka, eehh minat, taklah cinta.. huh??


assalamualaikum..kum..kum..
ku hapusakan seluruh keturunanmu.. huahahahaa...

ehh??

okay.. seperti yang dinyatakan di tajuk post kali ini..
saya disini ingin membincangkan tentang 'beza suka, minat dan cinta'
ffuuuuyyooohh.. tak boleh belah ann.. ahakkkss..

secara umunya, cinta didefinasikan sebagai 'an endurancing sentiment toward a person producing a desire to be with that person and a concern for happiness and satisfactions of that person (The Penguin Dictionary of Psychology)'. someone yang hangat dibuai cinta mempunyai perasaan yang sangat kuat terhadap pasangan-nya dan sanggup berkongsi apa sahaja dengan orang tersebut. siap janji nak sehidup semati gituuww..


suka pula sekadar perasaan senang dengan seseorang yang mungkin menarik atau mempunyai banyak persamaan dengan kita.. sahabat/rakan/kawan tergolong jugak dalam kategori orang yang kita suka.. walaupon kadang-kadang mereka menyakitkan hati.. hehhehe.. ^^v


minat, walaupun agak mirip dengan suka, tetapi amat-lah berbeza.. seseorang perlu menyukai sesuatu dahulu barulah minat itu timbul.. ada hal-hal yang sekadar disukai tetapi tak bermakna meminati.. mungkin minat kepada idola sukan, artis, karyawan, bidang-bidang.. dan berbagai lagii..



konklusi-nya, kalau aku cakap aku suka kat kau, tak bermakna aku nak kahwin dengan kau.. huahahahahkk.. kadang-kadang bile aku cakap aku suka kat sesorang mesti ade mereka-mereka salah anggap.. honestly, aku tak jumpa lagi lelaki yang aku cinta.. chheewwahhh.. yang aku suka or minat, berpuluh-puluhan.. tak terkira uuu... ahakss.. belom samapai jodohnyeeeww.. gatai nohhh..


tapi kalau ikut sumber Kamus Dewan dan Pustaka Edisi ke-Empat maksud
suka = perasaan girang dlm hati
minat = keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu
cinta = perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll)

hebat sampai bukak kamus segala.. takde makne-nyeww.. orang lain yang tolong carikan.. huahahahkkk..

(-_-)Y

Thursday, February 2, 2012

campurbaur


as'salam.. setelah sekian lama tak mengupdate, kini tiba masanya..
dah lama tak post kat belog sebab takde bahan/idea/topik yang nak dicurahkan.. 
then, busy dengan assigment, tutorial, class, labtest, midterm dan berbagai lagi..
semester ini memang agak mencabar.. sabau je-lah..

okayy.. speechless tetibe..
taktau nak habaq apa dahh...

nak share gambar sat..
bukan jakun tapi suka gilak kot gambar nie..
nie classmate aku, tapi sorang takde. tukang amik gambar..
gambar ini aku curi dari mukabuku mereka..




amik kau.. siap buat desktop background lagi teewww... aauuww..
diaorang semuanya handsome, comel, baik, pemalu, huru-hara, peramah, segak lagi bergaya..
ape lagi... aauuuwww...
hahahahkkss.. ^^v


nampak tak persamaan??
hahakkss..
just for fun..