Wednesday, December 7, 2011

APA KABAU MELAKA..!!


dalam post ini pon COPY and PASTE je..
post kali ini tentang beberapa perkataan yang sinonim dengan MELAKA..
belajar pon kat melaka, so kena-lah tahu serbaserbi MELAKA termasuk-lah bahasa mereka..



1. Kensal : Tuala (macam tak pernah dengar lagi..)

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu)

5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. (ooohh... ingat perkataan tak baik.. tanye khabar rupenye..)

6. Berboko, barah, cekik : Makan

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele…Ikut suka hati ko le... (aku suke leee..) 
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U.. Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku)

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari (bukan Johor ke nie..)

14. Membongkang : tidur yang amat lena.

15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Aslknya daripada perkataan Benar @ Benau..
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.

18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah

19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

20. Lopak : Pencil box

21. Beledi : Baldi

22. Lemari : Almari

23. Lebang : Pemalas

~ Memang nampak kasar tapi sebenarnya orang Melaka semua baik-baik belaka.. really..?? *thinking*


betul atau salah.. aku taktau.. yang aku tau..
"BAHASA JIWA BANGSA.."

pantun aku : 
indah budi indah bahasa-nya..
indah senyum indah wajah-nya..
kalau benar si anak Malaysia..
jaga bahasa hindar binasa..

 ape motif aku letak gambar ini.. *winkwink*


 

2 comments:

akubiomed said...

Orang Melaka nampak macam kasar sahaja apabila berbahasa tetapi didalam hati mereka baik. :-)

adibah alwee said...

: hihikk.. memey arr..