tukangBaca

Monday, March 27, 2017

Throwback Georgetown Festival 2016

🔵Update lepas setahun kejadian berlalu. Maaf atas kualiti gambar yang tidak memuaskan. Sekian. 


Unplanned solo trip. Nampak iklan GTF2016, rasa tergoda. Terus tengok booklets, tengok apa best, dimana, bila, bagaimana dan sebagainya. Nak ajak kawan dah last minit, kawan busy, so acah #solotrip ke Pulau Pinang. Mula-mula macam tak jadi pergi. Tapi akhirnya minta tolong kawan kat Penang booking-kan hotel. Dah booking dah bayar deposit rugi-lah kalau tak pergi. Minta permission ibu, ibu bagi green light, dah jalan je. agenda utama ke Pulau Pinang nak usha Georgetown Festival. Rupa-nya dah bertahun benda ni wujud tapi baru tahu tahun ni. 



Bergerak ke Penang pada 25 Ogos, malam dari Melaka. Sampai sana sebelum Subuh 26 Ogos. Amik bus direct dari Melaka ke Sungai Nibong tak singgah mainland. Kat Terminal Sungai Nibong tunggu bas RapidPenang 401 untuk pergi ke Lebuh Gat Chulia, lokasi penginapan. Sebelum check-in makan sarapan dulu kat lokasi berhampiran, lupa nama kedai. Penang banyak mamak je-lah. Lepas tu jalan-jalan sekitar Georgetown. Yelahh pagi lagi, orang baru nak turun katil aku dah menapak berlegar-legar sekitar Georgetown, memang jalan tu aku yang punya. Berjalan kat lokasi tarikan pelancong sebelum waktu puncak baru dapat tengok senibina, dekorasi yang tak boleh nampak bila ramai orang. Sambil jalan-jalan tu rancang nak lunch mana, nak singgah mana, nak tengok apa.

Dah puas pusing, sarapan, tenung dinding semua pukul dua lebih check-in hotel. Untuk penginapan selama tiga hari dua malam aku pilih Container Hotel, kalau nak cuba lain-lain boleh cari kat Hostels Worldwide atau di lain-lain sumber yang berkaitan. Kalau nak walk-in pon, InnShahAllah Penang banyak hotel, hostel and guesthouse. Sebabkan first time, tu yang booking awal-awal. Musim cuti pula an. Memang cari yang jenis hostel, murah dan jimat.







Container Hotel terletak di Gat Lebuh Chulia, George Town dekat dengan balai bomba. Secara keseluruhan hotel ni super awesome. Selesa, bersih, harga berpatutan nak senang dapat update boleh follow Instagram Container Hotel. Pekerja dia sangat friendly, sentiasa tersenyum, cantik, kacak lagi bergaya. Huishhhh. Dia punya interior design pon menarik, tenang dan sedap mata memandang. Ada beberapa jenis bilik White Suite, White Room, Mixed Pod, Female Pod dan Pod Plus, untuk lebih details boleh click pada link yang diberikan. And only five minutes away from nearest bus station and jetty. Antara sebab utama hotel ni jadi pilihan hati. 

Public transport kat Penang memang terbaik, on time, sentiasa ada. Paling mudah naik Rapid Penang, nak study dia punya road boleh tengok RapidPenang. Tapi sekarang dah mudah ada Uber, ada Grab Car, teksi lagi, suka hati-lah nak guna perkhidmatan mana sekali pon.

After check-in hotel, take a nap. Then berjalan kaki pusing sekitar Georgetown.

Strandbeest by Dutch artist Theo Jansen

Arts Beyond Sight encourages the visually impaired to create their own art. 
Aku join workshop ni, art dia mostly sculpture dari barang-barang terpakai. Dan kesemua sculpture di buat oleh orang-orang kurang keupayaan untuk melihat. So dalam workshop dia, kita memang kena tutup mata, then masuk dalam bilik yang gelap. The crew will guide lah. Then, kita akan tiba di beberapa stage untuk guna deria yang lain selain mata untuk kenalpasti apa maksud setiap hasil seni yang dibuat. Nice kan.

Northern Hemisphere project by Lightforge



Prologue is an artistic experiment that merges two distinct creative hubs - Penang and Gwangju in South Korea. Artists Annabelle Ng, Gabriel Pitcher, Seheen Sarah Bark, Louise Low, Sung Wan Park, Yo Hoon Shin, Tan Kai Sheuan, Jun Young Yoon, Ammar Khalifa, Se Hyun Lee and Bibichun.

Lee Lee-Nam's Good Morning Digital by South Korean artist Lee Lee-Nam


Beastly. Helmed by Tutti artistic director Pat Rix and Andres Busrianto. 

 Exhibition area at China House



Versus Animal #1 collaboration artworks by Amy Nazirah, Fadhli Ariffin, Hazul Bakak, Roza Khir, Safar Zin, Syahbandi Samai, Lee Yuan Guang, Nik Shahfiz, Syed Zamzur Akasah, Syukur Rani.



Sebab first day dah jalan kaki, the next day sewa basikal. Kebetulan betul sebelah Container Hotel ada servis sewa basikal. So sewa basikal sehari suntuk, pulang ikut suka hati dengan harga RM10. Apek pesan kunci basikal, jangan hilang. Dah test brek, pedal, seat semua kita jalan. Target utama sewa basikal nak lepak kat HinBus Depot. HinBus depot ni lokasi untuk kau usha any art exhibition, dari photographs, paintings, sculptures, crafts, books and many more. Dia punya exhibition akan bertukar, tengoklah kadang weekly kadang monthly. Kadang-kadang dia buat workshop. Update boleh follow HinBus Depot. Masa aku pergi ni ada beberapa outlets baru, ada Bricklin Cafe, Run Amok Gallery, Good Friend Club and many more, macam biasa nak details feel free to visit Hin Bus Depot website.

Before menuju ke HinBus Depot, ada singgah dulu Cheah Kongsi. Saja tengok gimana rupanya rumah kongsi ni. Banyak lagi rumah kongsi sekitar Penang.




Sekitar Cheah Kongsi


Unity in Diversity by Ethen Ng


Art exhibition area at A2+ Art Space, Armenian Street.

Hin Bus Depot

Lepak Bricklin Cafe lepas seharian berbasikal tanpa arah sekitar Georgetown. Berlagak taknak pakai GPS, amik kau sesat merecik.


Malam-nye pula tengok last teater yang ada, nasib baik ada tiket dapat harga student plak.Triptyque is a collaboration between three of the world’s most well-known choreographers, Marie Chouinard, Victor Quijada and Marcos Morau. The show is directed by Samuel TĂ©treault, co-founder and co-Artistic Director of Les 7 doigts de la main, who also performs in all three pieces (copy paste dari GTF2016)


Dewan Sri Pinang


The next day 28 Ogos 2016, bangun lambat pukul 11.30 baru siap-siap nak check-out. Sebelum naik ferry pusing sekali round lagi sekitar Georgetown. Singgah mana-mana exibition yang masih ada. Singgah kedai-kedai menarik. Sebab hujan renyai-renyai angin berbayu lembut so banyak masuk kedai and cafe and kopitiam. Lepas makan tengahari, dah puas pusing baru menuju je Jetty dan naik ferry menuju ke Terminal Bas Butterworth.




Panicrama by Tan Yeow Wooi

Kopi Leowak, Armenian Street. Peminat kopi boleh singgah, specialise in unique handmade coffee and has a variety of different methods for brewing coffee





Batik Painting Museum Penang, Armenian Street

sebab setahun dah berlalu, lupa apa nama tempat ni. hahahaha. nice place.

THE END

moga dapat jumpa GTF2017




Friday, November 18, 2016

Wednesday, May 18, 2016